Tentang Kami

Nama Kampung Lonek adalah gabungan singkatan nama KUA-LO sungai dan pokok SEMPU-NEK. Singkatan sebutan KUA-LO dan dicantumkan dengan nama pokok SEMPU-NEK, maka dinamakan kampung ini “KAMPUNG LONEK”.

Homestay Lonek pula ditubuhkan pada 16 Oktober 2004, dan seterusnya Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad ditubuhkan pada 18 Januari 2013. 

Kampung ini dikelilingi sawah padi yang merupakan ikon bagi Homestay Lonek. Pelancong yang menginap di sini akan dapat merasai pelbagai pengalaman yang menarik termasuk sukan tradisional mengocha ikan serta menikmati keenakan juadah “Masak Lomak Cili Api”.

Antara tarikan pelancongan yang terdapat di sekitar Kampung Lonek adalah Teratak Za’ba, pintu gerbang kayu Kampung Lonek serta kubah masjid yang tertua di daerah Jempol. 

Aktiviti utama di Kampung Lonek adalah program pengalaman homestay di samping terdapat juga perkhidmatan sewaan kenderaan, sewaan chalet, pakej perkhemahan dan pakej kursus.